Umum

Jepun ucap tahniah atas kejayaan program vaksinasi dibawah naungan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dalam beberapa hari lagi Malaysia bakal mencapai 90 peratus penduduk dewasa divaksinasi.

Kejayaan program vaksinasi itu akan membolehkan rantas negeri dibenarkan. Ia adalah saat-saat yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia setelah berbulan-bulan tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung.

Dengan kejayaan program vaksinasi ini juga telah memperlihatkan kesemua sektor ekonomi sudah kembali seperti biasa dan tiada lagi negeri yang berada di fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tiada lagi sangkaan bahawa kerajaan gagal apabila Malaysia semakin pulih daripada pandemik Covid-19 dan bergerak kepada fasa endemik.

Kejayaan Ini adalah hasil daripada perancangan kerajaan ketika di bawah kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Walaupun beliau ‘tersingkir’ berikutan dakyah slogan ‘kerajaan gagal’ dan tindakan 15 ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap beliau, tetapi kini segala-galanya sudah terbukti.

Melalui perancangan teliti kerajaan diterajui Muhyiddin mulai Mac 2020 hingga 16 Ogos lalu termasuklah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Malaysia kini semakin pulih dan sekaligus membuktikan slogan ‘kerajaan gagal’ yang dicanangkan oleh pembangkang dan beberapa pemimpin kanan UMNO hanya dakyah bermotif politik semata-mata.

Diatas usaha ini beberapa negara-negara luar telah mengiktiraf usaha Muhyiddin. Selain itu, Jepun melalui Duta Besarnya ke Malaysia, Hiroshi Oka mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Muhyiddin di atas kejayaan proses vaksinasi yang telah dimulakan sejak awal wabak melanda.

Hasil proses vaksinasi yang pantas dan teliti kini dapat dilihat melalui pengurangan kes-kes Covid-19 pada waktu ini.

Muhyiddin dan Oka berharap kes Covid-19 di Malaysia-Jepun akan terus berkurangan dan interaksi rakyat di antara kedua-dua negara dapat disegerakan. 

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Jepun yang menyumbangkan satu juta dos vaksin Astra Zeneca dan peralatan perubatan kepada Malaysia Julai lalu.

PALING POPULAR

To Top