Umum

Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri catat penurunan

JUMLAH mangsa banjir di tujuh negeri pagi ini menunjukkan sedikit penurunan dengan lebih 62,000 mangsa dipindahkan.

Laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sehingga jam 5 pagi Khamis, jumlah mangsa terjejas adalah 62,388 daripada 17,617 keluarga.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di 397 pusat pemindahan sementara (PPS).

PAHANG merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 37,791 orang daripada 11,105 keluarga yang kini berlindung di 270 PPS.

SELANGOT menunjukkan penurunan mangsa banjir dengan 21,981 mangsa daripada 5,706 keluarga yang ditempatkan di 107 PPS.

Selain itu di KELANTAN, jumlah mangsa juga menurun sedikit kepada 1,559 mangsa daripada 532 keluarga di lapan PPS.

Seterusnya di NEGERI SEMBILAN, 343 mangsa banjir  daripada 92 keluarga berada di lima PPS.

Sementara itu, KUALA LUMPUR merekodkan bilangan mangsa banjir seramai 312 daripada 75 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Di PERAK pula, jumlah mangsa dipindahkan berkurangan kepada 252 mangsa daripada 70 keluarga di 2 PPS.

Di MELAKA masih terdapat 150 mangsa daripada 37 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

PALING POPULAR

To Top