Umum

Jumpa mayat rakan atas katil

Kehilangan seorang lelaki warga asing yang tidak datang bekerja terjawab apabila dia ditemui mati di dalam bilik tidur pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, rakan mangsa warga Bangladesh itu menemui mayat lelaki berusia 47 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pasukan perubatan yang dipanggil mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia jam 11.30 pagi semalam.

“Mangsa, Hossain Mofakkar sepatutnya pergi ke tempat kerjanya jam 9 pagi tadi. Namun dia tidak hadir sebelum rakannya cuba menghubunginya namun panggilan telefon tidak dijawab.

“Bagaimanapun pemeriksaan menemui mayat mangsa berada di atas katil. Setakat ini kami percaya dia meninggal dunia ketika tidur,” katanya tadi.

Nanda berkata, majikan lelaki itu sudah dimaklumkan berhubung kejadian dan menghubungi pihak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban bagi mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro

PALING POPULAR

To Top