Umum

Warga emas maut dirempuh lori ketika melintas

Seorang wanita warga emas maut akibat dilanggar sebuah lori ketika sedang melintas di kilometer (km) 17.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Damansara pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, warga emas berusia 60 tahun berkenaan disahkan maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah melintas jalan dan dilanggar oleh sebuah lori yang datang dari arah Rawang menghala ke Damansara.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Fakhrudin memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016 267 9025 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

*Berita asal di Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top