Jemaah Menteri telah memutuskan untuk membuka kuota sebanyak 7500 orang bagi 3 subsektor iaitu tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas.
Menurut kenyataan Menteri Sumber Manusia, langkah itu bertujuan bagi menghentikan kecenderungan majikan menggajikan warganegara asing tanpa dokumen pekerjaan sah yang berpotensi besar berlakunya eksploitasi dan amalan buruh paksa.
Mekanisme yang bersesuaian akan diperhalusi oleh Kementerian Sumber Manusia bersama-sama dengan Kementerian
Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi
tujuan pelaksanaan proses ini, kerana Kerajaan pada masa ini telah menghentikan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing.
Beliau menjelaskan bahawa mekanisme yang dibangunkan akan menitikberatkan beberapa perkara seperi permohonan tertakluk kepada perincian kouta ditetapkan mengikuti 3 sub sektor tersebut. Perincian kuota perlu diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
selaku agensi kawal dengan pihak industri bagi tujuan permohonan pekerja asing berdasarkan mekanisme yang akan ditetapkan.
Tambahnya lagi, permohonan pekerja asing akan mengikut prosedur sedia ada dari segi saringan majikan di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955 dan verifikasi untuk kelulusan kuota termasuk melalui proses temuduga bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.
“Saya yakin pengumuman ini akan membantu pengusaha masyarakat India yang terkesan selama ini akibat kesukaran mendapatkan pekerja tempatan sehingga menjejaskan kelangsungan operasi perniagaan serta berhadapan dengan risiko menutup perniagaan mereka,” katanya.
Sumber : Facebook Kementerian Sumber Manusia