Sports

Kegagalan daripada segi komunikasi punca Malaysia bolos – Irfan

PEMAIN pertahanan skuad kebangsaan, Irfan Zakaria, mengakui ada kesilapan daripada segi komunikasi yang berlaku dan lebih parah perkara itu bijak digunakan pihak lawan sehingga menjurus kepada kekalahan 4-0 kepada Jordan dalam aksi persahabatan di Amman, pada Rabu.

Tiga kesilapan individu yang berlaku sehingga Jordan mudah mengambil kesempatan yang membawa kepada tiga bolos selain satu jaringan yang berpunca daripada serangan balas dalam aksi yang berlangsung di tadium King Abdullah II.

Situasi itu tidak disangkal, Irfan Zakaria mengakui ada kesilapan daripada segi komunikasi dan salah perkiraan ketika cubaan untuk menghalang asakan Jordan akhirnya memakan diri.

“Sejujurnya kami tidak berpuas hati dengan kekalahan ini kerana tewas dan dibolosi banyak jaringan, kami akan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan sebelum perlawanan seterusnya,” kata Irfan.

 

PALING POPULAR

To Top