Umum

Kehangatan kian terasa Airforce the movie: Selagi bernyawa, akan ditayangkan pada 25 Ogos

Kalau sebelum ini, filem Paskal The Movie yang bertemakan ketenteraan Malaysia dan memaparkan aset negara telah mencatatkan rekod kutipan RM 2 juta pada hari pertama tayangan.

Ia sekaligus, menjadi satu filem kegemaran kaki wayang.

Terbaharu, Airforce The Movie: Selagi Bernyawa pula akan menemui anda dipawagam pada 25 Ogos ini.

Setelah setahun tayang Airforce The Movie: Selagi Bernyawa ditunda, kini ia bakal menggegarkan pawagam anda.

Adakah ia akan mendapat tempat dihati penonton seperti Paskal The Movie?

Jawapannya adalah Ya.

Trailer berdurasi 1 minit 5 saat baru sahaja keluar, namun telah mendapat pujian dari netizen kerana mempertontonkan beberapa trick pesawat milik negara beraksi diatas awan biru. Terbaik!

Airforce The Movie: Selagi bernyama, bakal menyaksikan  kehebatan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kerjasama Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinema (GCS), Astro dan Six Fun Media.

Filem ini mengisahkan Kapten Adib dan Major Adnan bersama skuadnya yang terlibat dalam misi bantuan kemanusian di Namburi, sebuah negara bergolak.

Dalam perjalanan pulang mereka ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas.

Akibat dari perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi menyelamatkan mereka dengan bantuan oleh seorang pilot SUKHOI.

Filem ini memaparkan, ke perihatin sesuatu badan beruniform dalam menyelamatkan mereka yang terkorban sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Filem ini juga membariskan beberapa pelakon hebat antaranya Aiman Hakim Redza, Nas-T, Datuk Adi Putra, Johan As’ari, Pablo Amirul dan ramai lagi.

Shout out! Kepada Zulkarnain Azhar dan Frank See selaku pengarah dalam filem Airforce The Movie: Selagi Bernyawa dan kepada kru-kru yang terlibat dalam pengembaraan filem ini.

Majlis Pelancaran Airfore The Movie: Selagi Bernyawa berlangsung pada Khamis, di TUDM subang.

Turut hadir di majlis tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia, Datuk Steven Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, Pengarah FXHammer Films, Frank See dan Ketua Pegawai Eksekutif SixFun Media, KC Hoe.

Semoga dengan adanya sebuah filem epik ini mampu membangkitkan semangat patriotisme sempena sambutan perayaan Hari Kebangsaan yang ke-65.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top