Buletin

Pelaksanaan GST akan membebankan rakyat!

Pada 1 Jun 2018, kerajaan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar standard 6 peratus akan dimansuhkan kepada kadar sifar peratus.

Namun setelah 5 tahun GST dimansuhkan, Datuk Seri Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Beliau telah menyuarakan hasratnya untuk mengembalikan GST menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo.

Pelaksanaan GST Ini bagaimana pun mendapat tentangan dari orang ramai, kerana Malaysia pada hari ini mengalami inflasi yang sangat teruk.

Tambahan, keadaan yang ideal untuk melaksanakan semula cukai kepenggunaan itu adalah ketika inflasi rendah dan stabil, pekerjaan dan pertumbuhan gaji mampan serta pendapatan rakyat meningkat untuk menampung beban sara hidup.

Selain itu, dengan adanya semula GST ia akan mengakibatkan penigkatan harga barangan dan perkhidmatan yang seterusnya memberi impak kepada kos sara hidup isi rumah.

Saiz impak yang akan dibawanya adalah berbeza kerana ia bergantung kepada struktur ekonomi negara yang berkenaan dan turut bergantung kepada faktor jangka masa.

  1. Berlakunya kenaikan kepada harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna akhir sekiranya cukai dikenakan ke atas barangan perantaraan. Hal ini terbukti apabila perbelanjaan isi rumah di kawasan luar bandar didapati meningkat daripada 7% kepada 12%.
  2. Kos sara hidup akan lebih terjejas jika pergerakan pendapatan isi rumah tidak setara dengan peningkatan kos perbelanjaan.
  3. GST adalah cukai penggunaan yang boleh menyebabkan golongan miskin mempunyai nisbah penggunaan pendapatan yang lebih tinggi ke atas barang dan perkhidmatan berbanding golongan kaya.

Pelaksanaan GST semasa inflasi atau kos sara hidup dalam trend menaik ketara merupakan satu strategi makroekonomi berisiko tinggi yang boleh memudaratkan lagi kesemua faktor risiko lain.

Rata-rata, pendapatan isirumah masih belum mencapai tahap sesuai dan mencukupi untuk menyerap kesan kejutan akibat pelaksanaan GST secara menyeluruh terutama.

Keputusan ini juga bakal memberikan keuntungan terbesar Kepada Kerajaan persekutuan apabila pentadbiran dan pengurusan percukaian menjadi lebih mudah pada kos yang lebih rendah

GST diperkenalkan pada 2015, sebelum ia dimansuhkan pada 2018 dan keputusan pemansuhan (GST) itu adalah keputusan kerajaan ketika itu.

PALING POPULAR

To Top