Umum

Keluarga suspek insiden penembakan Siam Paragon memohon maaf

Keluarga suspek insiden tembakan maut di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok, membuat permohonan maaf atas jenayah dilakukan anak mereka.

Permohonan maaf yang membabitkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, itu dibuat melalui kenyataan yang dikeluarkan kerajaan Thailand.

Kata kenyataan itu, pihak keluarga suspek amat sedih dan terkejut dengan kejadian berkenaan serta mengambil tanggungjawab terhadap insiden terbabit.

Kenyataanyang yang diedarkan kepada pemberita oleh Kementerian Luar Thailand, itu ditandatangani bapa suspek itu yang turut memberi jaminan untuk memberi kerjasama penuh terhadap siasatan polis yang dijanlankan.

Menurut pasukan penyiasat, suspek pernah menjalani rawatan untuk penyakit mental bagaimanapun berhenti mengambil ubat-ubatan dan mendakwa mendengar bisikan suara menyuruhnya menembak orang ramai.

Dalam insiden itu, suspek menggunakan pistol plastik yang diubah suai bagi membolehkan ia menembak peluru hidup.

 

Sumber Sinar Harian

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top