Umum

Bapa kepada Norman Hakim meninggal dunia

Bapa kepada selebriti popular tanahair Norman Hakim, Allahyarham Zaidon Abdul Rahim disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan, Pahang.

Berita mendukacitakan itu telah dikongsikan oleh Norman Hakim melalui hantaran di akaun instagramnya @normanhakim_786

“Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Haji Zaidon bin Haji Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 6 Oktober 2023 bersamaan 20 Rabiulawal 1445H jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan.”

“Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa ayah, merahmati dan memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.

PALING POPULAR

To Top