Umum

PRK DUN Pelangai berlangsung hari ini

Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN Pelangai berlangsung secara rasmi dengan pembukaan 9 pusat pengundian pada jam 8 pagi hari Sabtu ini (7 Oktober)

PRK DUN Pelangai yang akan berlangsung sehingga jam 6 petang ini melibatkan lebih daripada 16 ribu pengundi yang berdaftar.

Terdahulu, sebuah tragedi nahas pesawat terhempas di Shah Alam pada 17 Ogos lalu telah meragut 10 nyawa, termasuk penyandang kerusi DUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Susulan kekosongan kerusi DUN luar jangka itu, PRK DUN ini diadakan.

PRK DUN Pelangai menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli yang menggunakan simbol kereta

Pada PRU15, Johari (BN) berjaya menang dengan meraih sebanyak 7,308 undi mengalahkan Kasim (PN) yang meraih 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin (PH) yang meraih 2,031 undi dan Isa Ahmad (Pejuang) yang hanya mendapat 65 undi.

PALING POPULAR

To Top