Buletin

Kena Maki Hamun Kerana Perangai Aliff Aziz

Berikutan pergolakan rumahtangga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, kini timbul pula masalah lain apabila seorang lelaki terima tempias berkaitan isu tersebut.

Seorang ahli perniagaan, Mohd Faris hidup dalam keadaan tidak tenteram apabila diganggu selepas nombor telefon miliknya tertera di status twitter Aliff Aziz.

Dia menerima lebih 7,000 mesej di aplikasi Whatsapp, lebih 400 panggilan telefon dan hampir 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) memaki hamun, menghina dan mencabar untuk bergaduh.

Tolong berhenti hubungi nombor telefon saya!!

“SAYA bukan Aliff Aziz, tolong berhenti hubungi nombor telefon saya. Saya mula terima gangguan pada 5 pagi semalam dan tak tahu apa-apa sehinggalah tunang saya beritahu yang nombor saya sudah disebarkan.

“Ada yang masukkan saya dalam kumpulan Whatsapp dan ada juga yang saya sudah jelaskan yang tertera dalam Twitter itu bukan nombor Aliff. Bagaimanapun, sehingga sekarang saya masih diganggu tanpa henti walaupun saya sudah kongsi di Facebook (FB) dan buat laporan polis,” katanya kepada Harian Metro.

Tindakan akan diambil pada pihak yang sebarkan

“Kepada anda di luar sana, tolonglah berhenti ganggu saya. Kepada tukang sebar, tolong jangan menyusahkan orang lain.

“Sebab anda, saya yang terseksa. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang kongsikan nombor telefon saya di media sosial,” katanya.

Akaun telah digodam pihak tidak bertanggungjawab

Sementara itu, Aliff Aziz turut menjelaskan, dia tiada kena-mengena dengan penyebaran nombor telefon tersebut dan menyatakan akaunnya itu telah digodam

Saya akui itu akaun saya tetapi akaun itu sudah digodam oleh individu tidak bertanggungjawb. Saya tidak tahu mengenai Twit (status) itu.Akaun itu digodam oleh orang lain dan lagipun saya sudah lama tidak aktif di Twitter.

“Kenapalah sampai nak sebarkan nombor telefon orang lain. Jadi, kepada individu tidak bertanggungjawab itu, sila pulangkan akaun itu kepada saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top