Umum

Kenapa anda perlu undi Perikatan Nasional?

14 hari lagi sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Malaysia.

Pastinya, ramai yang tidak sabar menunggu detik itu. Adakah kerajaan sekarang akan digulingkan sekali lagi, atau mandat baru bakal berpihak kepada parti pembangkang pula.

Mengapa anda perlu memilih Perikatan Nasional (PN) pada PRU kali ini kerana…

1. Bebas dari kluster Mahkamah

Seramai 169 calon kerusi Parlimen dan 116 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditampilkan mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tiada satu pun ada kes mahkamah.

2. PN berpengalaman dalam pemulihan ekonomi

Barisan kepimpinan PN yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pengalaman dalam mengendali era pasca krisis pandemik COVID-19.

3. Calon PN seimbang

Orang baru dan orang lama. Lelaki dan wanita. Berpendidikan dan berpengalaman. Semua dapat dirangkumkan dalam calon-calon yang diketengahkan oleh PN.

4. Prihatin dalam aspek kesejahteraan dan kebajikan rakyat

Menyediakan Bakul Prihatin, dan memperluas Program Jualan Prihatin Rakyat di seluruh negara yang menawarkan harga murah barang-barang keperluan utama, khususnya di kawasan di mana terdapat ramai penduduk yang susah.

PN tetap berjuang walaupun pernah digelar kerajaan pintu belakang dan kerajaan gagal.

Namun, PN terus bangkit untik memberikan khidmat yang terbaik kepada Negara.

Sikap prihatin yang ditonjolkan oleh calon-calon PN lebih menarik perhatian berbanding politik kotor yang dimainkan oleh pihak lawan.

Semua yang PN lakukan untuk rakyat, bukan untuk kuasa dan menyelamatkan diri dari undang-undang di Malaysia.

Jadi, undilah Perikatan Nasional!

PALING POPULAR

To Top