Umum

Kerajaan akan lancarkan kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga

Gambar Hiasan

Kementerian Komunikasi akan melancarkan Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-kanak dan Keluarga dalam masa terdekat bagi menangani isu keselamatan golongan itu di alam siber.

Menurut Menteri komunikasi Fahmi Fadzil, langkah ini bagi membanteras jenayah pengantunan kanak-kanak menerusi media sosial dan menghentikan isu kanak-kanak bawah usia 13 tahun mendaftar media sosial, walaupun tidak dibenarkan.

Beliau berkata pihaknya memahami platform media sosial banyak mendatangkan manfaat namun terdapat banyak juga kemudaratan.

“Harapan saya dengan kempen ini, kita akan dapat kumpulkan semua agensi termasuk polis, Bank Negara (Malaysia) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi memberi penegasan, apa langkah yang perlu kita ambil untuk sentiasa menjamin keselamatan diri, anak dan keluarga kita,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kita Madani peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata, menurut Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak D11 Bukit Aman, platform yang paling banyak disalah guna untuk tujuan pengantunan kanak-kanak ialah aplikasi WhatsApp.

 

 

PALING POPULAR

To Top