Umum

Kerajaan Perlis umum bantuan khas kewangan kepada penjawat awam

Gambar UPNP

Kerajaan Perlis bersetuju akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji tertakluk minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri itu.

Menteri Besar Shukri Ramli menyatakan demikian sambil berkata pembayaran akan dibuat pada akhir Februari 2024.

“Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji tertakluk kepada minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Perlis 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN.

Tambahan itu, Menteri Besar itu turut berkata kerajaan negeri bersetuju menambah baik kemudahan pegawai lantikan secara kontrak di bawah kerajaan negeri itu seperti cuti bersalin, cuti isteri bersalin, cuti kuarantin, dan cuti hospitalisasi mulai tahun depan dan pelaksanaan inisiatif berkenaan akan memberi manfaat kepada seramai 154 pegawai lantikan kontrak.

Selain itu, beliau berkata tawaran kadar gaji baharu akan dilaksanakan mulai tahun depan dengan peningkatan bersesuaian melibatkan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM93,000.

“Kerajaan negeri sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan dan motivasi semua penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini, tidak terkecuali pegawai lantikan secara kontrak,” katanya.

 

PALING POPULAR

To Top