Pelakon Erysha Emyra mengalami detik mencemaskan apabila kereta yang dinaikinya secara tiba-tiba terbakar di tepi lebuh raya pada hari Rabu.
Pelakon itu berkongsi pengalaman cemas menerusi hantaran di Instagram miliknya, menyatakan dia masih trauma dengan insiden yang berlaku.
Kejadian traumatik berlaku pada saya ketika dalam perjalanan untuk ke tempat kerja hari ini (Rabu), Alhamdulillah saya selamat.
“Ia tiba-tiba terbakar dan malangnya tidak dapat diselamatkan langsung. Mujurlah saya sempat keluar daripada kereta dengan segera, cuma saya panik,” kongsi Emyra.
Kelihatan dalam video yang tular di media sosial, kereta itu dalam keadaan sudah hangus apabila bomba tiba.
“Ketika bomba sampai, kereta itu sudah hangus terbakar,” tambahnya