Umum

Kerjasama Warisan-Umno untuk PRN tak jejas kerjasama di Putrajaya

Gambar KPDN

Kerjasama Warisan-Umno pada PRN Sabah untuk bersaing dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak menjejaskan kerjasama bersama parti itu di Putrajaya, yang terikat dengan Memorandum Persefahaman (MoU) antara komponen kerajaan perpaduan.

Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali menyatakan demikian ketika sidang media sempena perasmian Karnival Barangan Malaysia di IOI City Mall dirasmikan PM, sambil berkata

“Komitmen sekarang kita memastikan kestabilan kerajaan persekutuan, saya fikir semua terlibat beri komitmen.”

Mengulas lanjut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata Warisan dan Umno berhak bekerjasama dan tidak mencampuri urusan dua parti itu.

“Itu hak Warisan-Umno nak kerjasama. Saya tak mahu komen kerana bagi saya fokus kita sama ada peringkat persekutuan dan negeri adalah meneruskan kerja untuk rakyat.

Terdahulu media melaporkan Presiden Warisan Shafie Apdal berkata Bung Moktar Radin selaku ketua Umno Sabah telah bersetuju untuk bekerjasama pada PRN akan datang untuk berdepan GRS diketuai Ketua Menteri Hajiji Noor.

PALING POPULAR

To Top