Umum

Kes tembak KLIA, suspek di tahan di Kota Bharu

Gambar Hiasan

Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Ketua Polis Negara , Razarudin Husain, suspek Hafizul Harawi berumur 38 tahun, ditahan sekirar 3 petang tadi.

Maklumat lengkap mengenai penahanan suspek belum diperoleh bagaimanapun Razarudin memaklumkan lelaki itu ditahan di sebuah lokasi di Kelantan.

“Satu sidang media mengenai perkara itu akan diadakan oleh pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman atau ketua polis Kelantan dalam masa terdekat,” katanya dilaporkan media.

Dalam kejadian di Balai Ketibaan KLIA kira-kira 1.30 pagi itu, seorang pengawal peribadi cedera parah selepas terkena satu daripada dua das tembakan dilepaskan suspek.

Siasatan lanjut polis mendapati sasaran sebenar suspek merupakan isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Polis berkata, siasatan awal menunjukkan motif kejadian akibat masalah peribadi antara pasangan itu yang memiliki sebuah agensi pelancongan serta dikatakan dalam proses bercerai, dengan mangsa dipercayai di peringkat awal kehamilan.

Menurut laporan, kejadian itu bermula dengan suspek melempar mercun sehingga mencederakan dua orang awam, sebelum menghampiri mangsa yang diiringi dua pengawal peribadi dan melepaskan dua tembakan pada jarak antara 3m hingga 4m.

 

 

PALING POPULAR

To Top