Umum

Kes video “daddy hot”, lagi 6 wanita ditahan

Gambar Hiasan

Lagi 6 wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan menjual video seks melibatkan lebih 20 wanita melalui media sosial.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Zain, kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu diberkas minggu lepas menerusi fasa kedua Op Daddy.

“Siasatan mendapati kesemua wanita itu melakukan hubungan seks secara sukarela, tiada paksaan dan ada yang bermotifkan keuntungan.

“Kesemua mereka telah direman untuk membantu siasatan, bagi mengesan individu lain yang terlibat dalam penghasilan video seks,” katanya pada sidang akhbar selepas program Dialog Awam bersamanya di Klang, lapor Bernama.

Beliau turut mengingatkan orang awam, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana individu yang menyimpan bahan pornografi dalam peranti, termasuk telefon bimbit, mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang lelaki dan dua rakan wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengiklankan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.

Hakim membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk serahan dokumen

 

PALING POPULAR

To Top