Umum

Ketua Pejuanita Muda letak jawatan parti

Gambar Nurul Ashikin

Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti Pejuang.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, surat tersebut telah diserahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan ahli yang memberi sokongan tidak terhingga selama ini.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam parti politik serta menimba pengalaman tambahan dalam arena politik tanah air.

“Kepada Pejuanita Muda yang saya sayangi, saya ucapkan terima kasih atas sokongan dan dukungan padu yang diberi kepada saya selama saya mengemudi sayap Wanita Muda Pejuang.

“Semoga ukhuwah dan silaturahim kita tetap berkekalan. Saya mengucapkan selamat maju jaya dan didoakan semoga Parti Pejuang terus kuat dalam mendukung perjuangan yang berprinsip,” katanya pada Sabtu.

PALING POPULAR

To Top