Umum

Ketua Pesuruhjaya SPRM sahkan tiada elemen kesalahan melibatkan syarikat suami Hannah Yeoh

Gambar Facebook

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan sudah meneliti dan memeriksa hal berkaitan pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada syarikat melibatkan Ramachandran Muniandy, iaitu suami kepada Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh.

Menurut Azam, berdasarkan pemeriksaan dengan agensi-agensi berkaitan, tiada sebarang elemen kesalahan wujud di dalam pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada Ramachandran.

Azam turut menegaskan tidak terdapat sebarang konflik kepentingan peribadi dalam pemberian kontrak tersebut.

‘’Saya telah mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya untuk menyemak terlebih dahulu sebelum sebarang siasatan interim dilakukan termasuk semakan dalam talian bersama Surujaya Syarikat Malaysia (SSM).

Mengulas lanjut, beliau menerangkan pihaknya mempunyai kemudahan untuk buat semakan termasuk dengan agensi lain bagi mengesan sama ada terdapat sebarang konflik kepentingan peribadi dan sebagainya.

‘’Kami sudah semak dengan terperinci, jadi apa lagi yang boleh dilakukan, tiada apa yang boleh kami lakukan. Mahu saya menelefon Hannah? Panggil suaminya? Supaya kami boleh rakam keterangan? Itu yang semua mahu saya lakukan? Adakah itu adil buat mereka,’’ katanya.

Tambahnya, pihaknya juga menegaskan segala unsur siasatan diserahkan sepenuh kepada pihak berkuasa seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Anwar sebelum ini berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami kepada Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau mengulas sekiranya ada laporan, pihak bertanggungjawab perlu bersikap telus dalam proses siasatan.

PALING POPULAR

To Top