Umum

Kira-kira 1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Besar Di Sandakan, Lebih 9,000 Penduduk Terjejas

Gambar Facebook

PETALING JAYA – Satu kebakaran besar awal pagi tadi memusnahkan kira-kira 1,000 rumah atas air di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah, menyebabkan lebih 9,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1.30 pagi sebelum kawasan tersebut diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada jam 4 pagi.

Ribuan Terjejas Dalam Sekelip Mata

Menurut pihak berkuasa, kawasan berkenaan menempatkan lebih kurang 1,200 rumah, dan hampir 1,000 daripadanya musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut.

Seramai 9,007 mangsa kini dikenal pasti terjejas dan sedang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di beberapa lokasi.

Tiada Laporan Kematian

Pihak polis memaklumkan setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Namun, terdapat kemungkinan kecederaan ringan ketika usaha menyelamatkan diri dan membantu mangsa lain.

Bantuan & Pemindahan Sedang Dijalankan

Pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sedang giat menjalankan proses pendaftaran mangsa serta penyelarasan bantuan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top