Business

Kisah di sebalik kejayaan Founder di Malaysia 

Tiada siapa yang mahu hidup dalam serba kekurangan.

Namun, sikap tidak pernah berputus asa dan yakin dengan rezeki membuatkan mereka ini tekad untuk mengubah hidup. Menyingkap di sebalik nama-nama besar Founder di Malaysia ini, pasti akan ada cerita kesusahan mereka sebelum berjaya seperti sekarang ini.

SABELLA 

“Benda tak payah gosok, buat apa nak gosok… Sabella, Sabella”, mesti korang pun terikut menyanyikan? Tapi itu adalah trademark bagi perniagaan Sabella yang dimiliki oleh Mohd Sufian Sulaiman dan Siti Fatimah Abd Samad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sufian Sulaiman (@sufiansabella)

Bermula dengan menjahit di rumah dan hanya mempunyai sebuah mesin. Kini, perniagaan Sabella semakin gah berkembang dan beroperasi sebagai sebuah kilang.

Menurut Sufian, “Jika di imbas kembali, saya agak sebak bila teringat jari isteri saya bengkak dan sakit selepas menjahit 100 helai tempahan… namun dia tetap berusaha menyiapkannya”.

Sesungguhnya kepayahan yang Sabella kecapi hari ini bermula dengan kepayahan hidupnya dahulu. Puan Siti Fatimah yang menjahit hanya untuk membantu menambah pendapatan keluarga, kini beliau dapat membantu orang disekitarnya dengan membuka kilang dan mencari pengedar untuk Sabella.

FAITH FLEUR

Bila sebut Faith Fleur pasti orang akan ingat Erra Fazira. Ya, kerana Erra Fazira adalah duta Faith Fleur.

Namun, sebenarnya Faith Fleur ini dimiliki oleh seorang Founder kecil molek bernama Siti Mariam Abd Samad dan pasangannya Muhamad Abdul Halim.

Menurut Puan Siti Mariam, perniagaan bukanlah sesuatu yang digemari. Namun, disebabkan lambakan hutang membuatkan beliau tekad untuk mengubah kehidupannya. Dengan bermodalkan RM200, kini beliau telah mempunyai wisma dan warehouse sendiri di atas nama Ctymary Resources Sdn Bhd.

Impiannya sekarang adalah untuk membawa Faith Fleur ke pasaran antarabangsa dan menolong orang ramai yang mempunyai masalah rambut.

 

WEDDING BY EMMA 

Wedding By Emma ini bukan lagi nama asing dalam bidang perunding perkahwinan, sebut sahaja nama ini pasti anda sudah terbayangkan keindahan dekorasi perkahwinan itu sendiri.

Dengan bermula dari mengambil tempahan kecil-kecilan dengan menggunakan kreativiti tersendiri sehingga menarik minat pelanggan. Perniagaan Puan Zuraidah Jaafar ini mula mendapat kepercayaan dan semakin berkembang.

Beliau yang dulunya hanyalah seorang Pegawai Perkhidmatan Pelanggan dengan gaji sekitar RM2500 ini berasa lega apabila minat dan impian menjadi nyata untuk menjadi seorang perunding perkahwinan.

Sesungguhnya rezeki yang datang bukanlah bergolek, kita harus tekad dan berusaha untuk mengubahnya. Semoga kisah pendek ini menjadi inspirasi orang diluar sana untuk terus berusaha dan jangan pernah sesekali berputus asa.

 

PALING POPULAR

To Top