Fashion

Tudung Terkini Yang Menjadi Tarikan!

Rakyat malaysia bila bercerita pasal tudung pasti akan ada brand tudung yang menjadi kegemaran kan? Tidak kiralah dari mana pun tapi kalau sedap dipakai, terletak elok di atas rambut mesti akan terus menjadi pujaan selamanya. Mari kita singkap sikit tudung yang ‘Go viral’ masa raya haritu.

Fareha 

Peminat tudung mesti tahu akan kewujudan tudung Fareha ini kan? Ia bukan setakat menjadi kegilaan remaja tapi mak-mak pun.

Kenapa? Sebab corak yang begitu cantik dan harga sangat mampu milik. Dengar cerita Raya kali ini Fareha menjadi number satu dalam kalangan orang bertudung.

Hyda Scart 

Siapa peminat Hyda scarf disini? Mesti ramai yang minat dan menggunakannya kan…

Ialah Hyda Scarf ini mengeluarkan tudung yang senang dipakai hanya dalam 15 saat je.

Tak percaya? Korang boleh lah menjenggah ke laman sesawang Hyda Scarf sekarang. Harga pun mampu milik, tak mahal dan siap ada tutorial pemakaian sekali. Memang best Hyda Scarf ni!

The dUCk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The dUCk Group (@theduckgroup)

Ala! Sebut je Duck mesti korang tahu siapa pemiliknya dan bagaimana reka bentuk tudung itu.

In love sangat kan dengan design Duck ni, senang dipakai walaupun dia shawl licin.

Walaupun harga dia boleh tahan, tapi dengan kualiti dan packaging yang diberikan sangat berbaloi-baloi. Calling for Duck lovers to support my statement! Hihi.

Nealofar Hijab 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hijab & Lifestyle (@naelofar)

Ini pun satu brand yang diminati ramai, setiap kali dikeluarkan pasti sold out. Tolong! Jangan beli banyak-banyak orang lain pun nak merasa juga.

Selain tudung, Nealofar juga mengeluarkan purdah. Jadi sesiapa yang nak jadi berpurdah dan cantik macam Neelofa belilah Nealofar pasti sejuk mata husband korang memandang.

Antara ke semua brand ini, mana yang korang paling minat? Tidak kiralah apa yang tudung korang pakaikan, asalkan sedap dipakai pun dah cukup membahagiakan.

PALING POPULAR

To Top