Umum

KKM arah henti jual dan iklan 2 jenama produk rempah dari India

Gambar FMT

Kementerian Kesihatan (KKM) turut meminta semua platform e-dagang dan media sosial menghentikan penjualan produk 2 jenama rempah dari India (Everest Fish Curry Masala dan MDH Curry Powder) serta-merta kerana didapati mengandungi etilena oksida, yang sering digunakan sebagai racun perosak.

“Etilena oksida sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi berpunca daripada bakteria, virus dan kulat.

“Ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, KKM berkata, buat masa ini, penggunaannya dalam makanan dan juga bahan bersentuhan makanan tidak dibenarkan.

Katanya, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk di seluruh negara sering dijalankan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).

Berdasarkan semakan data melalui Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), sehingga April lepas hanya terdapat satu pengimportan masuk produk rempah berjenama Everest Fish Curry Masala, menurut KKM.

Sementera itu, tiada pengimportan masuk bagi produk rempah MDH Curry Powder.

Pada 24 Mei lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa KKM menghentikan serta-merta penjualan produk rempah dua jenama dari India ini kerana didapati mengandungi etilena oksida.

 

 

PALING POPULAR

To Top