Umum

KKM ingin bantu golongan homoseksual dengan ubat pencegahan jangkitan HIV?

Hari AIDS sedunia yang disambut pada setiap 1 Disember di seluruh dunia dengan tujuan meningkatkan kesedaran mengenai jangkitan HIV.

Tahun ini, hari AIDS sedunia disambut dengan tema “Equalize: Kesaksamaan untuk kesihatan bagi mengakhiri AIDS”.

Menurut, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Norhayati Rusli berkata, pihaknya sentiasa mencuba mengubah rasa malu pesakit untuk mendapatkan rawatan saringan awal berkenaan.

Tambahan beliau, jangkitan baharu HIV dan AIDS di negara ini secara amnya mencatatkan penurunan sebanyak 70 peratus dalam tempoh 20 tahun. 

Selain itu, KKM bercadang memberikan rawatan PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) yang akan dimulakan di semua klinik kesihatan pada tahun hadapan.

Secara amnya, rawatan PrEP ini mampu mengurangkan risiko mendapat jangkitan HIV melalui seks sebanyak kira-kira 99% apabila ia diambil mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ia bertujuan bagi menghentikan stigma dan diskriminasi bagi memastikan perkhidmatan rawatan HIV/AIDS dapat diberikan kepada semua yang terlibat termasuk golongan homoseksual.

Penyedian rawatan PrEP ini bagaikan menyokong tindakan golongan homoseksual untuk terus melayari hubungan songsang mereka.

Dimana ramai tahu ia bertentangan dengan agama, budaya dan moral.

Jadi perlu ke KKM membantu mereka dengan menyediakan ubat pencegahan jangkitan HIV?

PALING POPULAR

To Top