Umum

Pengamal perubatan tidak bersetuju dengan cadangan KKM memberi ubat kepada golongan homoseksual

Kami ingin merujuk kepada laporan berkaitan rancangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperluaskan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) untuk mencegah penyebaran wabak HIV. PrEP adalah ubatan oral yang digunakan untuk mencegah jangkitan HIV yang tersebar melalui hubungan kelamin ataupun penggunaan jarum suntikan yang telahpun diedarkan melalui klinik-klinik kesihatan di Selangor, Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan juga Sabah.

Buat masa ini, PrEP diberikan kepada individu berstatus HIV-negatif yang berisiko untuk mendapat HIV, seperti pasangan kepada individu yang telahpun menghidap HIV. Individu yang menghidap HIV serta keluarga mereka adalah kategori pesakit yang layak untuk dilindungi dan sepatutnya menerima rawatan terbaik yang tersedia.

Namun, apa yang membimbangkan, perancangan terkini adalah untuk meluaskan penggunaan PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dan secara atas permintaan. Kami menggesa untuk KKM menilai semula perancangan ini.

Kami berpendapat bahawa KKM sepatutnya lebih menumpukan kepada kempen langkah-langkah pencegahan, yang bermula dengan penghindaran perbuatan seks itu sendiri atau abstinen. Mesej-mesej kesihatan dan saranan kepada masyarakat awam untuk mengelakkan hubungan kelamin melalui dubur (seks anal) sepatutnya menjadi langkah utama pencegahan.

π—žπ—’π—¦ π—˜π—žπ—’π—‘π—’π— π—œ π—¬π—”π—‘π—š π—•π—˜π—¦π—”π—₯ π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—£π—˜π—₯π—•π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—π—”π—”π—‘ π—£π—Ώπ—˜π—£

β€œPencegahan lebih baik daripada mengubati” adalah pepatah lama yang malar segar yang bukan sahaja praktikal dalam kehidupan sehari-harian, malah juga dalam sudut pandang ekonomi negara dan polisi sosial yang menyeluruh. Ini tidaklah bermakna langkah pencegahan awal secara farmaseutikal tidak berkesan atau pun tidak berhasil dalam mengurangkan beban dan kos jagaan dan rawatan.

Akan tetapi, pencegahan awal melalui farmaseutikal hanya terpakai untuk ubat-ubatan ataupun vaksinasi secara one-off atau ianya dengan kekerapan yang minimum. Sebagai contohnya, pembelian dan pemberian vaksin BCG yang terbukti sangat berkesan untuk melawan penyakit tibi. Begitu juga halnya dengan vaksin yang kita gunakan semasa COVID-19. Namun kita diperlukan mengambil ubat atau vaksin ini di antara sekali atau 3-4 kali sahaja sebagai booster.

Berbeza dengan PrEP yang memerlukan lelaki yang mengamalkan seks dengan lelaki (MSM) untuk mengambil ubat tersebut setiap hari kerana mereka dikategorikan sebagai β€œindividu yang kerap terdedah kepada risiko”. Mengambil kira majoriti pengamal MSM adalah mereka yang masih muda, strategi ini bukan sahaja berupaya meruntuhkan nilai moral masyarakat, bahkan juga dari sudut ekonomi, ia akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang tinggi dan tidak munasabah.

Hasil negara yang dikutip melalui pembayar cukai akan dibelanjakan seterusnya membolehkan individu yang berisiko dari segi tingkah laku untuk meneruskan aktiviti mereka sedangkan mereka boleh meninggalkan perbuatan berisiko tinggi dengan memberikan fakta kesihatan yang betul dari aspek kesihatan dan motivasi dari sudut moral.

Daripada menggunakan dana kita yang terhad kepada PrEP yang ternyata merupakan gaya hidup dan pilihan seseorang untuk mengamalkan seks anal, dana kesihatan kita boleh dimanfaatkan untuk penyakit-penyakit lain seperti penyakit kongenital (penyakit sejak lahir) atau pun penyakit tidak berjangkit (NCD).

π— π—˜π—‘π—¬π—˜π—žπ—”π—§ π—žπ—˜π—•π—˜π—•π—”π—¦π—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗦𝗨𝗔π—₯𝗔 π—£π—œπ—›π—”π—ž π—”π—šπ—”π— π—” π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—•π—œπ——π—”π—‘π—š π— π—˜π—₯π—˜π—žπ—”

Adalah juga amat dikesali dengan kecaman yang dilontarkan kepada sebarang pendekatan agama dalam memotivasikan individu untuk meninggalkan tingkah laku berisiko ini. Sebarang nasihat yang menjunjung nilai moral masyarakat dibidas dan dikecam secara terbuka, seperti mana kes Malaysian AIDS Council (MAC) yang mengecam seorang agamawan di Hari Menyambut AIDS Sedunia pada 1 Disember lepas kerana dikatakan memberikan β€œkenyataan yang menghina dan berunsur kebencian”. Ironinya, masyarakat umum tidak pula diberitahu apakah kandungan ucapan secara terperinci yang dicop sebagai ucapan berunsur kebencian tersebut.

Situasi ini ternyata merencatkan kebebasan bersuara dan kebebasan memberikan pandangan dan posisi agama oleh para agamawan dalam bidang mereka dalam perkara yang melibatkan HIV. Menyekat suara agamawan dan pandangan pro-kekeluargaan ini telah terdahulu ditempuh oleh jiran kita iaitu Singapura.

Terbaharu, kerajaan Singapura telah mengeluarkan homoseksualiti daripada senarai perilaku jenayah.

Undang-undang ini menurut masyarakat beragama Kristian dan Islam memberi nilai untuk melindungi institusi keluarga, perkahwinan, kanak-kanak dan kebebasan. Pihak agama di sana dikekang oleh pihak minoriti yang tidak bertoleransi yang cuba untuk mengkucar-kacirkan masyarakat dalam segenap sudut – perkahwinan, pendidikan, perniagaan, kepercayaan – pada masa yang sama mereka yang tidak bersetuju dengan homoseksualiti akan digelar sebagai β€œpentaksub/bigot” atau β€œpembenci/haters”.

Hal yang serupa sedang dialami oleh pendakwah dan insitusi keagamaan di Malaysia kini.

Fraterniti perubatan tidak boleh membenarkan ideologi yang menyerang institusi kekeluargaan berleluasa.

Bukan sahaja ia memusnahkan struktur masyarakat, bahkan ianya juga bertentangan dengan data terkini dalam laporan UNAIDS yang menunjukkan peningkatan kes-kes baru HIV dikalangan pengamal homoseksualiti.

Amat penting untuk kita tidak mencampur-adukkan keberkesanan mesej dengan siapa yang memberi mesej.

Abstinen dan kesetiaan kepada pasangan tidak boleh dinafikan oleh profesyen perubatan sebagai satu langkah pencegahan yang utama, yang juga turut diperakui oleh beberapa badan piawaian antarabangsa seperti Pusat Kawalan Penyakit (CDC) yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO turut mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan yang dinamik merangkumi aspek fizikal, mental, spiritual, dan kesejahteraan sosial, dan bukan terhad hanya semata-mata kepada ketiadaan penyakit dan ketidakupayaan.

Adalah berlawanan dengan logik yang mana pengamal kesihatan menggalakkan perkembangan tingkah laku yang berisiko tinggi, bila mana kita sebenarnya perlu untuk menghentikannya. Sebagai contoh; amalan tidak sihat seperti merokok. Pihak CDC menganggarkan pada setiap hari terdapat lebih daripada 3200 individu muda berumur kurang 18 tahun mula menghisap rokok. Setiap hari, 2100 remaja dan belia yang merokok sesekali sesekala berubah menjadi p

PALING POPULAR

To Top