Business

KKM membuat keputusan pengecualian asas pra kelayakan untuk jururawat asing

KKM telah membuat keputusan untuk mengecualikan jururawat asing daripada mendapatkan asas pra kelayakan (post basic qualification) untuk berkerja di Malaysia.

Melalui laporan di Code Blue, Presiden APHM (Association of Private Hospitals Malaysia) Dr Kuljit Singh mengesahkan bahawan persatuan itu menerima surat daripada Pendaftar Lembaga Jururawat Malaysia yang menyatakan pengecualian itu berkuatkuasa dari 1 Okt 2023 hingga 3 Sept 2024, dengan lanjutan bergantung pada permohonan semula dan kelulusan.

Tambahnya pula, pengecualian ini dapat membolehkan hospital swasta merawat lebih ramai pesakit melalui kerjasama hospital awam- hospital swasta memandangkan langkah pengecualian ini akan membolehkan penambahan jumlah katil di fasiliti swasta.

Mengulas lanjut, Dr Kuljit berkata “kami berharap Kertas Putih Kesihatan akan meningkatkan lagi kerjasama hospital awam – hospital swasta, membolehkan pesakit menerima rawatan sewajarnya pada masanya, tanpa mengambil kira keadaan kewangan mereka, dan memastikan daya maju tenaga kerja untuk jangka masa panjang” katanya.

Pengerusi MHHO (Malaysia Health and Humanity Organisation) Dr Alan M Raman juga menyambut baik berita ini. “Kami berharap pengecualian ini dapat memberi peningkatan kepada perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh hospital awam dan hospital swasta” katanya kepada NH Online ketika dihubungi untuk ulasan.

Beliau juga menyatakan bahawa pada ketika ini, masih banyak ruang yang masih boleh ditambah baik dan lanskap kesihatan di Malaysia memerlukan perancangan yang lebih menyeluruh dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk semua.

 

 

PALING POPULAR

To Top