Umum

KLBS’23 membawakan kumpulan Hujan dan pertunjukan fesyen dari Bon Zainal sebagai tambahan program gaya hidup

Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS ’23) membawakan Konsert kumpulan rock indie Hujan sebagai salah satu acara tambahan program gaya hidup pada 25 Ogos 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Konsert Hujan ini merupakan persembahan solo pertama kumpulan tersebut di Malaysia pada tahun ini.

Menurut Hujan, “Kami telah membuat persembahan di banyak festival di negara ini sepanjang tahun. Tetapi kali ini ia merupakan persembahan solo kami”.

Hujan turut meluahkan keterujaan mereka, dan memanggil kesemua ‘Raingers’ untuk hadir bagi memberi sokong kepada KLBS’23.

“Bagi para Raingers yang mungkin terlepas persembahan kami sebelum ini, jangan ketinggalan kali ini. Datang dan saksikan kami secara langsung di KLBS’23, ujarnya.”

Jualan tiket untuk konsert Hujan akan bermula dalam talian pada hari Jumaat ini, 29 Julai 2023 pada jam 10 pagi di laman sesawang MyTicket Asia.

Selain itu, Farouk Nurish, Pengarah Moventuum Sdn Bhd,  telah mengumumkan satu lagi kerjasama KLBS’23 dalam pertunjukan fesyen dengan membawakan maestro pakaian lelaki Malaysia, Bon Zainal dan empat pereka fesyen lain bertemakan ‘Wheels on Heels’.

Pertunjukan ini meruapakan dua gabungan industri fesyen dan kenderaan dua roda yang telah diilhamkan oleh Bon Zainal dengan menampilkan beberapa koleksi daripada pereka tempatan seperti Emri Vision, Blackout oleh Rasta, Ghadeez, dan Bon Zainal sendiri.

Bon Zainal berkata, “Apabila kita bercakap tentang pertunjukan fesyen, semuanya berpunca daripada kerjasama yang hebat’, bagi ‘Wheels on Heels’, ia bukan sahaja kerjasama antara lima pereka tempatan termasuk saya sendiri, malah gabungan dua industri”.

Tambahan beliau, bekerjasama dengan KLBS’23 juga merupakan cara terbaik untuk mempromosikan pereka tempatan berbakat Malaysia.

KLBS’23 yang dianjurkan oleh Moventuum Sdn Bhd dan Majalah RodaRoda (Bayu D Enterprise Sdn Bhd) ini bakal menjadi pameran pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan industri dua roda semata-mata.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kualalumpurbikeshow.com.

PALING POPULAR

To Top