Umum

KPM sediakan pesawat ‘sewa khas’ ke Sibu bagi 134 guru di Johor untuk menyambut Tahun Baharu Cina

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkongsi kegembiraan di Facebooknya apabila dapat menerbangkan 134 guru yang bertugas di Johor bagi pulang ke kampung halaman untuk meraikan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, insiatif itu diambil selepas tiket penerbangan habis terjual sempena musim perayaan ini.

Pihak Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyediakan penerbangan yang telah di sewa khas ke Sibu, Sarawak bagi memudahkan urusan 134 guru terbabit.

Diharapkan insiatif ini juga dapat diberikan kepada guru-guru yang bertugas di Sabah dan Sarawak untuk pulang ke semenanjung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitril pada bulan April nanti.

PALING POPULAR

To Top