Umum

Rafizi tidak melihat secara menyeluruh kenaikan harga barang mentah – pegusaha restoran

Rafizi perlu melihat kenaikan harga barang secara menyeluruh, sebelum menghentam

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli telah memuat naik satu kenyataan bahawa rakyat perlu berhenti mengunjungi restoran yang masih tidak menurukan harga makanan.

Kritikan yang diberikan Rafizi itu mencetuskan kebingungan kepada pegusaha restoran yang beranggapan bahawa beliau tidak melihat secara mengenai kenaikan harga barangan mentah.

Menurut, sumber wartawan FMT yang menebual Bella Mohd, pengusaha restoran makanan Kelantan dan asam pedas berkata walaupun walaupun ayam dijual pada harga lebih rendah iaitu RM9.20 sekilogram.

Namun harga ikan, sayur-sayuran dan barangan kering melambung tinggi.

“Jadi, bagaimana saya nak turunkan harga makanan? Kalau harga barang mentah yang lain meningkat tinggi, kata Bella.

Bella juga menyarankan Rafizi mengkaji semula dasar gaji minimum pekerja.

Tambahan Bella, dia terpaksa menawarkan gaji RM1,800  berserta faedah kerana tiada siapa yang mahu gaji permulaan RM1,500 seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Selain itu, Desonny Tuzan, yang mempunyai sebuah restoran di Taman Desa, Kuala Lumpur, berkata Rafizi harus melihat secara menyeluruh situasi yang dihadapi pemilik dan bukannya menumpukan kepada bahan mentah semata-mata.

“Beliau seharusnya mengambil kira kos operasi, harga barangan import dan sewa yang masih belum turun”,

Harga mentega import, mayonis serta herba dan rempah ratus meningkat setiap tahun,” katanya.

Suardi Muhammad yang menjual nasi lemak di sebuah restoran di Melaka berkata, harga daging lembu tidak banyak turun.

“Sukar untuk mengurangkan harga tanpa menjejaskan keuntungan kami,” katanya, sambil menunjukkan bahawa perniagaan tidak menetapkan harga secara sesuka hati.

“Walaupun ketika harga barang meningkat pada masa lalu, saya tidak menaikkannya banyak.”

Ternyata, kenyataan Rafizi Ramli sabtu lalu mendatangkan kurang senang kepada pengusaha restoran dan berkecil hati.

Sepatutnya beliau harus mempertahankan hak, membela peniaga dan menyelesaikan masalah ini.

Sumber: FMT Malaysia

PALING POPULAR

To Top