Umum

KPM tarik diri dari menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023

Gambar FB Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari menghadiri Pesta Buku Frankfurt 2023.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM tidak akan sesekali menyokong keganasan Israel di Palestin kerana tindakan Israel bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap Israel adalah sebab utama KPM mangambil keputusan untuk tidak sertai pesta buku tersebut.

Selain KPM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga memutuskan untuk tidak menyertai pesta buku tersebut yang akan berlangsung di Frankfurt, Jerman.

“Selaras dengan pendirian kerajaan dalam konflik Palestin – Israel pada ketika ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023,” kata DBP di Twitter.

PALING POPULAR

To Top