Umum

Lagi ahli politik Amanah dilantik Mat Sabu ketuai agensi pertanian

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu melantik lebih ramai ahli politik dari Amanah untuk mengetuai dua lembaga pembangunan pertanian di Kedah dan Kelantan, negeri di mana parti itu mungkin berdepan ditolak sekali lagi pada pilihan raya negeri akan datang. 

Pengerusi Amanah Kelantan Muhammad Husain dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), manakala Pengarah Komunikasi dan Penerangan PH Kedah Kedah Ismail Salleh akan mengetuai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka

dalam bidang pentadbiran, dasar dan pembangunan masyarakat.

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti mereka dalam menggalas amanah menerajui kedua-dua badan berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Pelantikan itu dibuat kurang sebulan selepas Mohamad menamakan tiga pemimpin Amanah untuk mengetuai agensi di bawah kementeriannya, serta dua lagi daripada PKR dan DAP. 

Pada 10 Mei lalu, beliau melantik Faiz Fadzil mempengerusikan Lembaga Kemajuan Perikanan, dan Mahfuz Omar mempengerusikan Lembaga Pertubuhan Peladang. 

Kedua-dua pemimpin itu bertanding sebagai calon PH pada pilihan raya tahun lalu tetapi tewas. 

Bekas Adun Amanah dari Perak, Aminuddin Zulkipli, dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

Sumber: MalaysiaNow

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top