Kumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin mula mengedarkan baju tertera perkataan ‘Prihatin Bersih Stabil’ (PN Best) dan gambar bekas perdana menteri itu, yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Baju berwarna putih itu diedarkan kepada mereka yang berkumpul di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dan dipakai sebagai tanda solidariti kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.
Beberapa penyokong turut melaungkan “Hidup Tan Sri” ketika berhimpun.
Setakat jam 10 pagi, kumpulan penyokong dilihat semakin ramai, dengan turut dihadiri Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Penyokong TS Muhyiddin Yassin mula berkumpul di hadapan ibu pejabat SPRM.
"Hidup Tan Sri" juga dilaungkan mereka, tanda sokongan kepada TS Muhyiddin.#SPRM#PN#Bersatu@501Awani pic.twitter.com/r2i5wiYMXV
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) March 9, 2023
Muhyiddin dijadual tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 10.30 pagi.