Umum

Lebih 20 juta lengkap pelalian

Seramai 20,053,472 individu atau 85.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini, lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 94.1 peratus atau 22,017,043 individu daripada penduduk dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Selain itu, seramai 40,206 atau 1.3 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 310,661 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 190,599 dos pertama dan 148,062 dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 43,367,580 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Program pelalian dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – BERNAMA

PALING POPULAR

To Top