Umum

Lebih 31,000 kes baharu dilaporkan, 305 di ICU

Sebanyak 31,199 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 23 Februari, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 3,305,157 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 31,080 jangkitan membabitkan kes tempatan dan 119 kes import.

Sebanyak 31,005  kes atau bersamaan 99.38 peratus adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

Sementara itu,194 kes atau 0.62 peratus merupakan dalam kategori 3, 4 dan 5.

Daripada jumlah itu, 92 kes (47.42%) berumur 60 tahun dan ke atas, 91 kes (46.91%) mempunyai komorbid dan 3 kes (1.55%) ibu mengandung, 45 kes (23.20%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 108 kes (55.67%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 41 kes (21.13%) telah menerima dos penggalak.

Sebanyak 305 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 191 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 20,399  kes.

Semalam, 14  lagi kluster baharu direkodkan, dengan 500 kluster masih aktif.

PALING POPULAR

To Top