Buletin

Muhyiddin Yassin berkunjung ke Felda Taib Andak yang berwajah baru

Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini menyatakn rasa bersyukurnya apabila beliau melihat banyak pembaharuan di Felda Taib Andak, Kulai.

“Saya bersyukur melihat banyak pembangunan di kawasan ini sehingga merubah wajah asal Felda terutama dari aspek kemudahan perumahan peneroka dan infrastruktur seperti jalan raya, dewan orang ramai serta kemudahan asas lain,”

“Saya gembira dapat kembali bertemu dengan warga peneroka di sini. Sebelum ini saya pernah beberapa kali sampai ke tanah rancangan ini sewaktu menjadi Menteri Besar Johor dan Menteri Kabinet”.

Beliau yang berkongsi rasa kegembiraan ini di laman Facebooknya, setelah menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Felda Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).

Kehadiran beliau selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), bagi menjelaskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaaan Perikatan Nasional bagi membantu memulihkan kembali kehidupan rakyat termasuk warga Felda terutama ketika pendemik COVID-19 sedang memuncak.

“Seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, kerajaan Perikatan Nasional memperkenalkan pelbagai inisiatif bantuan dan pakej rangsangan ekonomi bernilai lebih RM530 bilion untuk pelbagai lapisan rakyat di negara ini bagi membantu mereka yang terkesan teruk akibat pandemik, ujarnya”

Selain itu, Perikatan Nasional memperkenal dan memperhebatkan program vaksinasi untuk rakyat sehingga membolehkan rakyat meneruskan kehidupan seperti biasa pada hari ini walaupun dalam norma baharu.

Beliau juga menjelaskan salah satu sumbangan besar kerajaan Perikatan Nasional ketika saya menjadi Perdana Menteri ialah bertekad menyelamatkan tanah Felda daripada tergadai kepada orang asing.

Apabila kerajaan Perikatan Nasional bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat.

Persetujuan itu mengambil kira isu hutang peneroka yang disifatkan harus diperbetulkan terlebih dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula atau restart Felda.

Selain itu kerajaan Perikatan Nasional turut melaksanakan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021 bernilai RM78 juta, melibatkan 38,043 peneroka iaitu meliputi kira-kira 34 peratus warga peneroka; dan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM56 juta yang akan dinikmati 6,711 orang peneroka iaitu kira-kira 6 peratus warga peneroka.

Kerajaan juga memperuntukkan RM400 juta bagi membantu peneroka Felda menghapus faedah hutang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu selain penerbitan sukuk yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM9.9 bilion.

Kerajaan juga memperkenalkan konsep pertanian pintar bagi mengurus 458,000 hektar ladang Felda dan peneroka di seluruh negara dengan menggunakan konsep pertanian jitu yang mampu menjimatkan kos operasi sehingga lebih RM200 juta dalam masa lima tahun.

Program Pembangunan Peneroka (PPP) pula dirangka khusus untuk menggalakkan warga Felda menceburi bidang keusahawanan dan dapat mengurangkan kebergantungan kepada kitaran harga komoditi serta mempelbagai sumber pendapatan warga Felda selaras dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Akhir katanya, “Saya percaya segala usaha kerajaan Perikatan Nasional ini memberi banyak faedah dan manfaat kepada warga Felda dalam meneruskan hidup khususnya ketika zaman pandemik ini”.

PALING POPULAR

To Top