Umum

Lebuhraya SPE, tol percuma sebulan sempena pembukaan

Gambar Hiasan

Sempena pembukaan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) hari ini (Jumaat), pemandu kenderaan yang melalui tiga plaza tol taidak perlu membayar tol untuk tempoh sebulan.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma selama sebulan itu, akan melibatkan Plaza Tol Chan Sow Lin, Plaza Tol Ampang dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menuju ke SPE dan Plaza Tol Setiawangsa.

Selepas tempoh itu, pengguna akan membayar kadar tol RM3.50 bagi kenderaan kelas 1,” katanya selepas majlis perasmian pembukaan Lebuhraya SPE.

Pembukaan sepenuhnya Lebuhraya SPE menjadikannya jalan pintas kepada beberapa lokasi yang akan membawa impak signifikan terhadap usaha kerajaan untuk membantu menyuraikan trafik Kuala Lumpur pada waktu puncak sehingga 30 peratus, selain memperkasa usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur untuk keselesaan rakyat setempat.

“Sebagai contoh, tempoh perjalanan pada waktu puncak dari Kerinchi, Petaling Jaya ke Taman Melati, Gombak dan sebaliknya, dijangka hanya mengambil masa 35 minit berbanding satu jam 30 minit dengan laluan sedia ada, sekali gus memanfaatkan kira-kira 100,000 pengguna,” katanya.

PALING POPULAR

To Top