Umum

Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) dijangka buka secara rasmi pada 1 November ini

Gambar FB Alenxander Nanta Linggi

Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) dijangka dibuka secara rasmi kepada umum pada 1 November ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata lebuh raya itu sudah 99 peratus siap namun beberapa fasiliti seperti kemudahan tandas awam, lampu jalan yang melibatkan bekalan elektrik serta sistem kutipan tol dalam persiapan akhir.

Menteri Kerja Raya berkata “Saya memahami kegusaran pengguna jalan raya yang memohon laluan Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) dibuka secepat mungkin, bagi membantu menyuraikan masalah kesesakan trafik di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.”

Dalam sebuah hantaran di Facebook miliknya, beliau menjelaskan bahawa Kementerian Kerja Raya bersama-sama agensi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa meletakkan keutamaan dalam memberikan kemudahan infrastruktur jalan raya kepada pengguna, namun TIDAK akan berkompromi dengan faktor keselamatan pengguna jalan raya.

Atas dasar itu, KKR telah mengarahkan syarikat konsesi untuk memastikan setiap faktor, spesifikasi dan kemudahan di laluan ini hendaklah dipastikan lengkap dan sempurna sepenuhnya. Ini selari dengan semangat kempen MYJalan yang memfokuskan kepada keselesaan pengguna jalan raya.

 

 

PALING POPULAR

To Top