Umum

Lelaki benarkan remaja bawa kereta disaman

Gambar Facebook

Tular di media sosial seorang lelaki berusia 25 tahun membenarkan remaja,13 memandu kereta.

Menurut Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, suspek berusia 25 tahun yang telah disaman itu adalah anak kepada pengasuh remaja lelaki 13 tahun berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengesahkan kejadian itu berlaku pada 18 Feb lalu kira-kira 5.30 petang di kawasan taman permainan Taman Daya, Johor Bahru.

“Ketika kejadian, suspek membenarkan remaja berkenaan memandu kereta itu dengan tujuan untuk mengajarnya memandu,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.

Beliau berkata, lelaki itu dikenakan tindakan saman atas kesalahan Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan kanak-kanak bawah umur memandu kenderaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana terdapat unsur pengabaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal.

Terdahulu telah tular gambar memaparkan seorang kanak-kanak bawah umur memandu kereta di jalan raya dan polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 12 tengah hari semalam.

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki dewasa duduk di tempat duduk penumpang, manakala kanak-kanak berkenaan memegang stereng dan memandu kereta.

PALING POPULAR

To Top