Umum

Lelaki ditemui lemas di Ladang Rakyat

Satu kematian akibat lemas telah direkodkan di Terengganu menerusi gelombang ketiga banjir yang melanda negeri itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Md Hilman Abd Rashid berkata, ia melibatkan seorang lelaki berusia 40 tahun yang dilaporkan lemas pada 1 Januari lalu.

Ketika kejadian mangsa dikatakan melakukan aktiviti memukat ikan berhampiran Ladang Rakyat, Mak Lagam, Kemaman.

“Kita sebenarnya memang mengharapkan tidak berlaku kehilangan nyawanya ketika musim banjir ini tetapi pada awal tahun baharu ini kita disambut dengan kehilangan seorang mangsa yang sedang memukat ikan di Cheneh ini adalah mangsa yang pertama di gelombang ketiga yang melanda Terengganu,” katanya.

Justeru Md Hilman mengingatkan orang ramai perlu sentiasa peka dan berwaspada dengan situasi semasa sepanjang peralihan monsun timur laut (MTL).

Katanya ia bagi mencegah insiden yang tidak diingini sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Sepanjang tahun lalu sebanyak 17 kes kematian akibat lemas telah direkodkan di negeri Terengganu.

PALING POPULAR

To Top