Buletin

Tiada lagi pengeluaran KWSP – Shahril Hamdan

Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Shahril Hamdan juga selaku Ketua Penerangan UMNO tidak bersetuju Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dikeluarkan lagi.

Beliau tidak bersependapat dengan Asyraf Wajdi yang lantang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP i-Citra sebanyak RM10,000.

“Sekiranya pengeluaran ini dilakukan, mereka yang mencarum dengan KWSP akan terlepas peluang untuk mendapatkan dividen tahunan, ujarnya”.

Tambahan beliau, bantuan banjir yang mencecah sehingga RM10,000 sudah memadai bagi membantu mangsa banjir tanpa perlu mengeluarkan KWSP.

“Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang disenaraikan oleh Perdana Menteri (sebelum ini) jelas memberi alternatif kepada cadangan lain mahupun usaha-usaha yang telah diumumkan.

“Sebelum ini timbul kekhuatiran bahawa antara tawaran yang telah diumumkan lebih awal, iaitu pinjaman daripada Tekun dan BSN walaupun pada kadar 0% faedah dan moratorium automatik, akan menambah hutang mangsa banjir.

“Ternyata pandangan ini telah diambil kira dan kali ini, sebagai tambahan, kerajaan tampil dengan bantuan-bantuan berbentuk suntikan perbelanjaan daripada kerajaan, bukannya simpanan pencarum sendiri.

“Jumlah bantuan tunai dan baucar tunai kepada mangsa banjir juga mencecah RM10,000, malah amaun lebih besar daripada itu jika ada kerosakan kediaman yang serius atau kemusnahan kediaman. Ini menjadikan jumlah bantuan langsung dari kerajaan kepada sesebuah isi rumah yang terkesan boleh bernilai sehingga sebanyak RM61,000,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Pada 31 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan lima insentif pemberian tunai yang keseluruhannya mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), malah mencapai sehingga RM61,000 bagi individu alami kemusnahan rumah.

Inisiatif tersebut bagi meringankan beban golongan terbabit akibat banjir.

Mengulas lanjut, Shahril Sufian berkata, Bantuan Banjir Keluarga Malaysia mencerminkan usaha kerajaan mengimbangi antara keperluan mendesak semasa, dan tanggungjawab memelihara masa depan rakyat serta negara.

Katanya lagi, di samping itu, bantuan yang diumumkan mampu meliputi semua mangsa banjir, termasuk mereka yang bukan pencarum KWSP atau yang telah mengeluarkan caruman melalui tiga skim sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sehingga sebanyak RM19,500 seorang.

PALING POPULAR

To Top