Umum

Lelaki ditetak 2 orang bertopeng menggunakan pedang

Gambar Hiasan

Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas dipercayai ditetak beberapa kali oleh dua lelaki bertopeng dalam kejadian di Wakaf Berangan, Pasir Puteh malam Selasa.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang berumur 55 tahun bersama seorang rakannya berada di sebuah kedai kopi.

Menurut Ketua Polis Pasir Puteh Zaizul Rizal Zakaria dinyatakan dalam laporan yang diterima pada sekitar jam 10.30 malam, 2 individu bertopeng bersenjatakan pedang kemudian datang menyerang serta menetak mangsa beberapa kali di bahagian badan dan tangan.

Zaizul berkata kedua-dua suspek terus melarikan diri menggunakan sebuah kereta dipercayai Proton Saga, warna kelabu yang dipandu oleh suspek ketiga.

Mangsa dihantar menerima rawatan awal di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan kini dirujuk kepada pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana dilaporkan mengalami kecederaan yang serius.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih belum dikenal pasti,” katanya.

PALING POPULAR

To Top