Umum

Lelaki maut disengat tebuan tanah di kawasan khemah

Gambar JBPM

Seorang lelaki dewasa berumur 40 tahun telah maut disengat tebuan tanah semasa sedang membersihkan kawasan perkhemahan bersama 14 rakannya yang lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung perkara berkenaan sekitar 3 petang, hari Ahad.

“Hasil siasatan mendapati mangsa seorang lelaki berusia 40 tahun telah ke Hutan Simpan Labis bersama 14 rakannya untuk berkhemah di kawasan air terjun Dinding sekitar 1.30 tengahari.

“Pegawai perubatan cuba memberikan rawatan kepada mangsa di lokasi.

“Ketika sedang membersihkan kawasan perkhemahan mangsa menyatakan telah disengat tebuan tanah dan tidak sedarkan diri sebelum cuba dibawa turun oleh rakan-rakannya.

“Sebaik menerima maklumat tentang kejadian, pihak polis dan bomba Labis telah memberikan bantuan ke atas mangsa,” katanya.

Tambah Ahmad Zamry, ketika bantuan diberikan mangsa masih bernafas,namun denyutan nadi menjadi semakin lemah.

Katanya, mangsa kemudiannya berjaya dibawa turun ke kaki bukit sekitar jam 6.21 petang, namun pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

“Mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

PALING POPULAR

To Top