Umum

Lelaki maut ditemui dalam kereta di Kota Damansara

Gambar PDRM

Seorang lelaki ditemukan maut di dalam sebuah kereta di kawasan parkir (tapak car boot sale) Kota Damansara, pada hari Ahad.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly, pihaknya menerima laporan pada 12.04 tengah hari berhubung kematian seorang lelaki berbangsa cina.

“Siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lima hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Hussin Sollehuddin memohon bantuan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu pihak polis.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asp Mohd Nasir Mustapha di talian 011-32052062 bagi membantu siasatan,” katanya.

Setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sebubungan itu, turut tular di media sosial gambar yang dipercayai sekeping nota yang ditinggalkan mangsa meminta orang ramai menghubungi keluarganya.

 

PALING POPULAR

To Top