Umum

Lelaki tampar petugas kesihatan ditahan polis

Gambar Hiasan

Seorang lelaki berumur 44 tahun ditahan polis kerana menampar petugas Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru hari Ahad.

Dilaporkan media, Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata kejadian itu berlaku sekitar 10.30 pagi ketika petugas JKNPP tersebut sedang membuat pemeriksaan nyamuk aedes di kawasan perumahan terbabit.

“Petugas JKNPP itu membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan bertindak daripada laporan itu, kami menahan lelaki berumur 44 tahun itu di rumahnya semalam kerana dia turut menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa insiden itu,” katanya ketika dihubungi Bernama

Menurut petugas JKNPP itu, suspek telah datang dengan tiba-tiba dan terus menamparnya semasa sedang mengambil sampel jentik-jentik si kediaman suspek. Tamparan dibuat beberapa kali di mukanya sehingga mengalami luka kecil di bahagian dahi.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 332 Kanun keseksaan.

PALING POPULAR

To Top