Umum

Pemandu kereta terbabas, terlanggar pokok ditemui rentung

Gambar FB Bomba

Seorang pemandu kereta Nissan Almera ditemui rentung apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian berhadapan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor pada hari Isnin.

Menurut laporan media, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.13 pagi.

Beliau menyatakan dalam kejadian tersebut, terdapat seorang mangsa yang tersepit tidak dapat keluar dari kenderaan.

“Mangsa kemudiannya telah ditemui rentung di dalam kenderaan. PKO bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sarhan berkata, mangsa yang masib belum dikenal pasti telah berjaya dikeluarkan dari kereta menggunakan ‘Rescue Tool’ dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

PALING POPULAR

To Top