Umum

Lima lagi mayat mangsa bot karam di Tanjung Balau ditemui

Lima lagi mayat mangsa tragedi bot pancung terbalik yang membawa 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam, ditemui awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Johor, Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata, kesemua mangsa ditemui sekitar jam 6.45 pagi hingga 7.46 pagi tadi.

“Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita, dijumpai 10 meter hingga 2.5 kilometer dari Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC).

“Penemuan mayat tersebut menjadikan jumlah keseluruhan mangsa seramai 30 orang, iaitu 14 mangsa selamat dan 16 mangsa meninggal dunia.

“Manakala baki mangsa yang masih belum dijumpai setakat ini dianggarkan seramai 20 orang.

“Op Carilamat akan diteruskan pada hari kedua bagi mengesan baki mangsa yang hilang, dengan melibatkan keluasan 147 batu nautika pencarian di perairan Tanjung Balau.

“Manakala pencarian sektor udara seluas 76.5 batu nautika dengan menggunakan sebuah pesawat udara AW139 milik Maritim Malaysia

Jelasnya, operasi disertai 133 petugas di PHC terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Marin (PPM)

Di samping Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain dibantu dengan kekuatan aset Kapal Maritim (KM) TEGAS dan bot PETIR 50 Maritim Malaysia serta aset-aset daripada agensi sahabat yang lain.

PALING POPULAR

To Top