Buletin

Blinken puji Malaysia kendalikan pandemik COVID-19

Mac lalu, Malaysia mencatatkan jumlah kes sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding semua negara lain di Asia Tenggara. Virus Covid-19 berada di setiap negeri dan wilayah persekutuan di seluruh Malaysia.

Namun, MALAYSIA diiktiraf sebagai antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik Covid-19 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengambil keputusan besar dan mencabar dalam memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, selain turut melaksanakan kawalan ketat menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan yang bertujuan mengekang penularan wabak dalam komuniti.

Selain itu, meningkatkan kadar vaksinasi Malaysia dengan suntikan pelalian COVID-19 mencecah lebih daripada 400,000 dos sehari menjadikan Malaysia yang terpantas di dunia.

Tambahan pula, beliau bukan sahaja mengekang penularan Covid-19 tapi juga merangka Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membantu rakyat Malaysia untuk keluar daripada krisis Covid-19.

Ia termasuk usaha untuk memperhalusi pengurusan kes Covid-19 semasa, meningkatkan vaksinasi dan menyokong golongan rentan.

Hari ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony J. Blinken memuji kepimpinan Malaysia dalam mengendalikan pandemik COVID-19 dan menghargai sumbangan negara kepada COVAX, sebuah inisiatif global untuk perkongsian vaksin.

Blinken berkata kerana kepimpinan dan kejayaan luar biasa itu membolehkan Malaysia mempunyai kapasiti untuk menyumbang lebihan vaksin ke negara lain dan kepada COVAX.

“Ia bukti kepimpinan sebenar dan amat dihargai,”

“Kita perlu ambil peluang ini untuk kukuhkan sistem keselamatan kesihatan global. Jadi pada masa akan datang kita lebih berupaya untuk mencegah, mengesan dan mungkin menangani pandemik baharu dengan lebih berkesan,” katanya.

Blinken tiba di Kuala Lumpur pada Selasa malam untuk mengadakan lawatan kerja dua hari. Beliau sebelum ini singgah di Jakarta, Indonesia dan akan meneruskan kunjungannya ke Bangkok, Thailand.

PALING POPULAR

To Top