Umum

TMJ puji mutu kerja Menteri Belia dan Sukan, Hannah

Gambar Sinar Harian

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji mutu kerja yang ditunjukkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Baginda berkata, Ahli Parlimen Segambut itu cukup fokus terhadap kerjanya bagi memartabatkan industri sukan dan pembangunan belia di Malaysia.

TMJ berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejap bersama bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan.

Tunku Ismail mengulas tentang dinamika politik dan keseimbangan barisan kepimpinan negara, baginda mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara itu.

“Berkenaan dengan parti saya lebih suka menilai sebagai contoh Hannah Yeoh, bagi saya beliau sangat menakjubkan.

“Beliau (Hannah Yeoh) seorang yang hanya fokus kepada kerjanya. Apabila ada kerja, beliau lakukan kerjanya,” kata Tunku Ismail.

Pelbagai langkah dilakukan Hannah untuk memajukan sukan negara termasuk menyelesaikan beberapa masalah tertunggak sejak sekian lama.

Beliau dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi peluang kepada para pelajar sekolah untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) secara percuma.

Penawaran penukaran rumput jenis Zeon Zoysia di SNBJ yang menjadi bualan dalam arena bola sepak negara berjaya diusahakan kurang setahun beliau memegang portfolio tersebut.

Usaha lain yang beliau lakukan adalah menggalakkan sektor swasta dan korporat untuk mengikut jejak langkah AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) memperkenalkan Program Inisiatif Sukan Rahmah.

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top